Program GTEX-25 Tamat dengan Jayanya di Korea Polytechnic Kampus Seongnam, Seoul, Korea Selatan.
Program Globalization TVET: Exploring Korea’s Technology and Innovation (GTEX-25) anjuran Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRIVET) bersama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melabuhkan tirainya dengan lawatan ke Korea Polytechnic Kampus Seongnam, Seoul pada 24 & 25 September 2025.